Posts

Masjid USIA: Simbolik Ketoleransian Hubungan Islam-Kristian di Sabah

Image
Sumber:  http://as-syatibiyah.blogspot.com/p/sejarah-masjid-sda-bandar-kota-kinabalu.html Sejarah dan latar belakang Masjid USIA Masjid Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ataupun dahulunya dikenali sebagai Masjid Seventh Day Adventist/Seventh-day Advetist (SDA) telah meninggalkan kesan sejarah yakni berasal dari sebuah gereja kepada sebuah masjid. Penamaan semula masjid tersebut adalah sejajar dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Sabah Pertama, Almarhum Datuk Haji Mohamad Haji Ahmad (1974-1977), berikutan penggunaan nama yang tidak bersesuaian digunakan ke atas masjid tersebut. Sewaktu awal pembinaannya, ia merupakan sebuah gereja yang dibina dan dibangunkan sekitar tahun 1930 di atas bukit berhampiran Padang Merdeka Kota Kinabalu yang dipelopori oleh penganut Kristian bermazhab SDA. Namun, pada tahun 1970-an telah dijual kepada USIA berharga RM1.05 juta termasuk bangunan gereja dan tanah yang berkeluasan 0.56 hektar atas persetujuan kedua pihak ketika itu. Man

KIFARAH VS KARMA

Image
Semestinya kita seringkali terbaca atau mendengar kifarah dan karma di merata tempat baik di media massa mahupun individu yang menyebutnya. Namun, sejauhmana kefahaman kita sebagai individu beragama mengerti akan maksud disebalik kedua perkataan tersebut. Dasarnya, kifarah dan karma adalah satu bentuk hukuman yang dikenakan keatas manusia atas perbuatan lalunya. Dalam Islam, seringkali timbul persoalan dan percanggahan dalam kalangan umat, yang manakah sewajarnya digunakan dalam Islam, kifarah atau karma ? malah, terdapat sebuah lagu yang dipopularkan kumpulan Wings yang bertajuk 'hukum karma'. Apakah islam mengiktiraf penggunaan karma dalam agama? dan apakah perbezaan kifarah dan karma menurut perspektif agama? mari kita lanjuti. KARMA Karma merupakan konsep yang dipegang oleh beberapa agama di dunia seperti agama Hindu, Buddha, Jainisma, Sikh dan Toa, mungkin ini baru sebilangan. Namun, menerusi pendekatan ini, saya hanya menjelaskan secara konsep menurut pand

KITAB-I-AQDAS: BAHAI’S NEW WORLD ORDER

Image
KITAB-I-AQDAS: BAHAI’S NEW WORLD ORDER Sumber: https://www.bahaullah.org/tablets/most-holy-book Bismillahirrahmanirrahim. Salam ‘Alaik Pernah derngar tentang agama Bahai? Siapa mereka? Di sini saya tidak akan mengulas secara lanjut berkaitan sejarah agama Bahai secara rinci, namun apa yang saya nak kongsikan adalah KITAB-I-AQDAS. Haa, sudah kitab apa pula ni. Kitab inilah menjadi kitab suci agama Bahai. Pegangan dan panduan mereka. Sama macam Islam, al-Quran. Nampak dah kan? Jom! Kitab-I-Aqdas merupakan kajian saya pada hujung tahun lepas, setelah berkesempatan melawat pusat Bahai di Klang Selangor. SEJARAH AGAMA 1.       Ketuhanan ·          Allah’u’abha (God is The All Glorious) @ God. ·          Tuhan keseluruhan agama. ·          Mereka tak mendefinisikan tuhan seperti dalam agama Islam (Allah). Namun, mereka tetap merasakan kewujudan tuhan yang satu. ·          Tuhan kepada Islam , Kristian , Yahudi , Zoroaster , Bahai , Hindu , Buddha

ABRAHAMIC FAITH: ARE WE BROTHERS?

Image
ABRAHAMIC FAITH: ARE WE BROTHERS? Sumber: https://medium.com/@darbymm85/the-abrahamic-western-religions-d8ff1d74b2ae Sebelum kita bercerita tentang agama-agama lain, pernah dengar berkaitan ABRAHAMIC FAITH? Apa maksudnya? Agama ka? Ke kau sesat nazmi? Eh, nasihat saya, jangan menghukum tanpa dasar ilmu. Mari kita belajar sekali. Saya tidaklah pakar atau mengetahui secara mendalam, tapi tak salah untuk kita kongsikan, supaya kita tahu. Betul? Jom! ABRAHAMIC FAITHS merupakan istilah Bahasa Inggeris yang sering digunakan untuk menamakan dan mengkelompokkan agama Yahudi , Kristian dan juga Islam sebagai agama bersusurgalur daripada nabi Ibrahim. Menurut Jerald F.Dicks (2006) ketiga-tiga agama ini digelar Abrahamic Faiths kerana ketiga-tiga agama tersebut bersusur galur daripada keturunan Nabi Ibrahim. Menurut Valkenberg (2006), nama Abrahamic Faiths ini diambil berikutan susur galur kenabian yang dipercayai oleh ketiga-tiga agama tersebut melalui metode historis