ABRAHAMIC FAITH: ARE WE BROTHERS?


ABRAHAMIC FAITH: ARE WE BROTHERS?


Sebelum kita bercerita tentang agama-agama lain, pernah dengar berkaitan ABRAHAMIC FAITH? Apa maksudnya? Agama ka? Ke kau sesat nazmi?
Eh, nasihat saya, jangan menghukum tanpa dasar ilmu. Mari kita belajar sekali. Saya tidaklah pakar atau mengetahui secara mendalam, tapi tak salah untuk kita kongsikan, supaya kita tahu. Betul? Jom!
ABRAHAMIC FAITHS merupakan istilah Bahasa Inggeris yang sering digunakan untuk menamakan dan mengkelompokkan agama Yahudi, Kristian dan juga Islam sebagai agama bersusurgalur daripada nabi Ibrahim.
Menurut Jerald F.Dicks (2006) ketiga-tiga agama ini digelar Abrahamic Faiths kerana ketiga-tiga agama tersebut bersusur galur daripada keturunan Nabi Ibrahim.
Menurut Valkenberg (2006), nama Abrahamic Faiths ini diambil berikutan susur galur kenabian yang dipercayai oleh ketiga-tiga agama tersebut melalui metode historis mahupun kitab suci masing-masing.
Perkataan Abrahamic Faiths juga sering digunakan untuk menjadi terma dalam dialog yang diadakan oleh tokoh-tokoh Ilmu Perbandingan Agama; seperti dialog di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
Nampak? Jelas? Atau masih keliru?
Macamni, bahasa mudahnya, pengistilahan Abrahamic Faith adalah merujuk kepada 3 agama yang bersusur galurkan asal-usul Nabi Ibrahim (rujuk gambar di atas), dan terkecuali agama-agama selain 3 di atas. Mudah bukan? Jom teruskan.

KRITERIA-KRITERIA UTAMA ABRAHAMIC FAITH
Terdapat 3 yang utama, mungkin ada pandangan lain yang boleh dikongsikan.
1.      Susurgalur Nabi Ibrahim.
·         Ciri yang pertama memperlihatkan bahawa ketiga-tiga agama besar dunia ini berkongsi personaliti yang sama iaitu Nabi Ibrahim (Dicks 2006).
·         Ketiga-tiganya juga mempercayai kewujudan dan pengiktirafan Nabi Ibrahim sebagai nabi dan rasul yang diutuskan kepada kaumnya dan persamaan ini dilihat dari sudut nabi Ibrahim sebagai bapa kepada keturunan Bani Israel dan Arab (Cohen 2010).
·         Persamaan hanya pada susur galur Nabi Ibrahim sahaja.
·         Bahkan perbezaan yang ketara di antara ketiga-tiganya nampak jelas apabila sejarah dan konotasi cerita yang berbeza di dalam kitab suci masing-masing.
·         Hal ini kerana agama Yahudi menyakini bahawa Nabi Ibrahim sebagai bapa kepada bangsa Bani Israel yang bersusurgalur daripada Isaac (Nabi Ishak).
·         Manakala agama Kristian juga menyakini bahawa mereka juga berketurunan Nabi Ibrahim berdasarkan Romans 4:16 “Father all of us”.
·         Islam turut menyakini bahawa Nabi Ibrahim membawa agama Hanif yang turut didokong dari zaman Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Islam menyakini bahawa susurgalur tersebut dari Nabi Ismail dan ibunya berbangsa Arab merupakan susurgalur yang terbentuk sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
·         Apatah lagi Islam tidak menolak kenabian nabi-nabi terdahulu dan menyakini bahawa agama Yahudi dan Nasrani merupakan Islam yang benar iaitu agama yang menyeru kepada pentauhidan Allah (sebelum penyelewengan).

2.      Monotheisme.
·         Mono diambil daripada perkataan Greek iaitu monos. Perkataan monos bukan hanya bermaksud ‘tuhan yang satu’ bahkan ‘hanya satu-satunya’ (Valkenberg 2006: 60).
·         Istilah ini lazimnya digunakan oleh agama yang berfahaman monotisme radikal. Rencamnya, monotisme bermaksud kepercayaan kepada tuhan yang satu yang mencipta dan mentadbir alam.
·         Ketiga-tiga agama tersebut berkongsi konsep monotisme.
·         Walaupun konsep hanya mono, namun berbeza dengan falsafah dan tuntutan agama masing-masing.
·         Menurut sarjana Barat, monotisme radikal lebih menjurus kepada agama Yahudi dan Islam untuk mempertahankan pemikiran dan pegangan politiesm iaitu pegangan banyak tuhan.
·         Menegaskan bahawa monotisme tunggal atau lebih dikenali sebagai monotisme tertinggi lebih menjurus kepada agama Islam sahaja bersesuaian dengan status keyakinan Islam sebagai agama tauhid.

3.      Semitik.
·         Istilah Semitik itu telah dinamakan oleh A.L Schoezler pada tahun 1781 di dalam J.G. Eichhorn’s Repertorium fuer Biblishe und morgenlaendische Literatur (Lipinski 200: 21).
·         Semitik merupakan bahasa, tatacara hidup yang menjadi identiti kepada masyarakat Shem.
·         Perkataan Sem adalah berasal daripada Shem yang terdapat di dalam Bible dan beliau merupakan anak keturunan Nabi Noh (Genesis 6:10).
·         Bahasa pertuturan bangsa Shem yang merangkumi bahasa Arab, Aramaic, Hebrew, Akkadian (Lipinski 2001), Ethiopic, Phoenician yang kini lebih dikenali sebagai Afro-Asiatic telah dirujuk sebagai bahasa Semitik.
·         Ini telah meletakkan bahasa Semitik sebagai bahasa pertuturan dan perantaraan komunikasi kepada agama Yahudi, Kristian dan Islam.
·         Abraham merupakan keturunan Noah yang bersusur galur kepada Arphaxad iaitu anak kepada Shem (1 Chronicles 1:17) dan ini bererti Abraham adalah seorang Semit.
·         Ini mengukuhkan lagi kedudukan agama-agama Nabi Ibrahim disebut dan dikenali sebagai agama Semitik.

Ini mungkin sebagai mukaddimah kita untuk mengenali agama-agama lain. Mungkin masih ada kekeliruan, kan? Takpa. Kita buka ruang soalan kalau ada kekeliruan. Buka ruang juga seandai ada pendapat dan penambahan

RUJUKAN:
Samsudin Abdul Hamid, (2012). “Konsep Monoteisme dalam Aliran Saivisme: Analisis Menurut Perspektif Islam”. Disertasi Sarjana Usuluddin.Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam.Universiti Malaya.
Valkenberg, P. (2006). Sharing TheLight On The Way To God: Muslim-Christian Dialogue and Theology in The Context of Abrahamic Partnership. Amsterdem: Rodopi B.V.
Wyschogord, M. (1995). Islam and Christianity in The Perspective of Judaism. Dalam al-Faruqi, I.R. (Ed). Trialogue of The Abrahamic Faiths. United States: Amana Publications.
Cohen, A. M. (2010). The Monotheistic Religions: Judaism, Christianity and Islam. United Stated of America: Mason Crest Publishers.
Dick, J. F. (2006). Abrahamic Faiths:Titik Temu dan Titik Seteru Antara Islam, Kristian dan Yahudi, Astuti S. I.(terj.),The Abrahamic Faiths: Judaism, Christianity and Islam Similarities and Contrasts,  PT Serambi Ilmu Semesta.
Pidnedoli, C. S. (1995). The Catholic Church and The Jewish and Muslim Faiths: Trialogue of The Three Abrahamic Faiths”. In al-Faruqi, I.R.(Ed.), Trialogue of The Abrahamic Faiths. United Stated of America: Amana Publications.

(Sebahagian besar nota ini adalah bersumberkan nota kelas saya iaitu kajian agama, Prof. Madya Dr Khadijah, namun, saya tidak mengambil sepenuhnya, dan telah dipersetujui oleh beliau. Kemudian memudahkan dengan bahasa yang senang difahami umum. Juga tidak dinafikan rujukan luar sebagai tambahan. Wallahua’lam)




Comments

Popular posts from this blog

KIFARAH VS KARMA

Masjid USIA: Simbolik Ketoleransian Hubungan Islam-Kristian di Sabah