KITAB-I-AQDAS: BAHAI’S NEW WORLD ORDER
KITAB-I-AQDAS: BAHAI’S NEW WORLD ORDER
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam ‘Alaik
Pernah derngar tentang agama Bahai? Siapa mereka? Di sini saya tidak
akan mengulas secara lanjut berkaitan sejarah agama Bahai secara rinci, namun
apa yang saya nak kongsikan adalah KITAB-I-AQDAS.
Haa, sudah kitab apa pula ni. Kitab inilah menjadi kitab suci agama
Bahai. Pegangan dan panduan mereka. Sama macam Islam, al-Quran. Nampak dah kan?
Jom!
Kitab-I-Aqdas merupakan kajian saya pada hujung tahun lepas, setelah berkesempatan melawat pusat Bahai di Klang Selangor.
SEJARAH
AGAMA
1. Ketuhanan
·
Allah’u’abha (God is The All Glorious) @ God.
·
Tuhan keseluruhan agama.
·
Mereka tak mendefinisikan tuhan seperti dalam agama
Islam (Allah). Namun, mereka tetap merasakan kewujudan tuhan yang satu.
·
Tuhan kepada Islam, Kristian,
Yahudi, Zoroaster, Bahai,
Hindu, Buddha
2. Kenabian
·
Sang Bab@The Bab (Qaim: Sayyid Ali Muhammad)
·
Baha’u’llah (Glory of God: Mirza Husain Ali)
·
Dalam bab kepercayaan Bahai, tuhan telah mewakilkan
atau memanifestasikan di dunia ini kepada setiap nabi; Krishna (Hindu), Musa
(Yahudi), Zaratustra (Zoroaster), Buddha, Jesus (Kristian),
Muhammad (Islam), Baha’ullah (Bahai).
3.
Sang Bab@The Bab – Bentara Agama Bahai
(1819-1850)
·
Sayyid Ali Muhammad
·
20 Oktober 1819-1850 (31 tahun), Iran@Persia.
·
Bab; Pintu gerbang.
·
Berketurunan Nabi Muhammad s.a.w, dan bangsawan.
·
Kerajaan Tuhan yang Baru di Bumi.
·
Gerakan Babism (Babi) pengikutnya (1844-1852).
·
Kitab al-Bayan
·
Ketika berusia 25 tahun, mengumumkan dirinya kepada
orang ramai mengenai Misi yang diberikan oleh Tuhan (Qaim).
·
Pengakhiran Beliau, dimatisyahidkan ketika ditahan di
penjara buat hayatnya yang terakhir.
4.
Baha’u’llah – Utusan Ilahi (1817-1892)
·
Mirza Husayn Ali.
·
12 November 1817-1892 (75 tahun), Tehran.
·
Asiyih Khanum (isteri). Beliau bernikah berusia 18
tahun.
·
25/27 tahun, naik saksi akan kebenaran wahyu Sang bab,
kemudian meneruskan ajaranNya.
·
Dipenjara sebanyak 3 kali. Kemudian
mengasingkan diri selama 40 tahun (bermeditasi/berkhulwah) ke Baghdad. Tempoh
inilah Beliau mengarang kitab2Nya termasuk kitab I-Aqdas.
5.
Abdul Baha – Teladan Yang Sempurna
(1844-1921)
·
23 Mei 1844 @Tehran sehingga 28 November 1921 (77
tahun).
·
Anak sulung Baha’u’llah bersama Asiyih Khanum.
·
Hamba Baha.
·
Perjanjian wahyunya dan juru tafsir kitab suci.
·
8 tahun dimasukkan ke dalam penjara secara sukarela.
·
Pelopor istilah Agama ‘Bahai’.
6.
Soghi Effendi – Wali Agama Bahai
(1897-1957)
·
1 Mac 1897 sehingga 4 November 1957 @London
·
Cucu Abdul Baha yang tertua.
·
Isteri, Ruhiyah Khanum (Amatul-Baha)
·
Ibunya adalah keuarga terdekat Sang Bab.
·
Penafsir ajaran agama.
·
Bapa transformasi Agama Bahai; Menyebar
luas Bahai secara universal.
·
Pencapaian; Sebanyak 4200 pusat Bahai di dunia, bahasa
Bahai telah diterjemah sebanyak 200 bahasa.
SEJARAH
KITAB I-AQDAS
- PENULIS: Baha’u’llah@Mirza Husayn Ali
- MASA: Awal tahun 1873, hampir 5 tahun tiba di Akka. Beliau memulakan Dispensasi (pelupusan kewajipan agama).
- TEMPAT: Udi Khammar. Penjara di Akka, yang menempatkan para penjahat dan penghasut negara (Bughah).
- AYAT: 190 ayat.
- GELARAN: The Law of Book, The Mother of Book
- BAHASA ASAL: Bahasa Arab.
- PENGKHUSUSAN: Undang-undang Tuhan.
- KITAB LAIN: Kitab-i-Iqan (The Book of Certitude)
- PERKEMBANGAN: Ayat-ayat keterangan penambahan dalam satu kitab iaitu The Tablets of Baha’u’llah.
KITAB-I-AQDAS
Salah
satu keunikan Wahyu Agama Bahai ialah semua Tulisan-tulisan Suci masih
tersimpan dengan baik dalam bentuk asli yang disahkan oleh Baha’u’llah sendiri,
sehingga tidak ada keraguan atas keasliannya. Dalam Ayat-ayat Suci-Nya yang
diwahyukan antara tahun 1853-1892, Baha’u’llah mengulas berbagai hal, seperti
keesaan Tuhan dan fungsi Wahyu Ilahi; tujuan hidup; ciri dan sifat roh manusia;
kehidupan di alam Ilahi sesudah mati; hukum-hukum dan prinsip-prinsip Agama;
ajaran-ajaran akhlak; perkembangan keadaan dunia serta masa depan umat manusia.
Selain dituntun oleh Tulisan Suci Baha’u’llah, kehidupan masyarakat Bahaí juga
dibimbing melalui buku-buku dan surat-surat yang ditulis oleh Abdul-Baha dan
Shoghi Effendi.
Kita-i-Aqdas
sangat unik dan luar biasa sepertimana yang agama Bahai telah isytiharkan
kepada dunia bahawa kitab ini adalah permulaan kepada wahyu yang lebih kuat
dari penulisnya sendiri iaitu Baha’ullah. Terdapat juga yang disebut dalam
kitab lainnya iaitu kitab-i-Iqan menggambarkan seperti “Bait Suci Tuhan”.
Fungsinya menyeliputi keselurah alam. Kitab-i-Aqdas juga adalah sebagai Ibu
Kitab Dispensasi kepada kitab-kitab sebelum ini, dan juga ada disebut sebagai
Piagam Perintah Dunia Baru.
Kitab-i-Aqdas
tidak menyentuh berkaitan dari sudut kepercayaan, keimanan ataupun akidah dalam
istilah agama Islam iaitu berkaitan I’tiqad kepada Allah. Namun, dari sudut
kerpecayaan dan keyakinan tersebut boleh didapati dalam kitab lainnya iaitu
kitab-i-Iqan, yang menyentuh berkaitan kepercayaan.
Dalam
kitab-i-Aqdas, ianya meliputi undang-undang Tuhan kebanyakannya. Kemudian
ditulis oleh Baha’u’llah sendiri dan menganggap ianya sebagai wahyu daripada
Tuhan. Salah satu undang-undang yang terdapat dalam kitab-i-Aqdas iaitu
berkaitan larangan dalam perzinaan, memfitnah dan menipu. Seperti kenyataan
yang dinyatakan dalam kitab-i-Aqdas;
19. Ye
have been forbidden to commit murder or adultery, or to engage in backbiting or calumny; shun ye, then, what been
prohibited in the holy Books and Tablets.
Bermaksud: Kamu telah dilarang melakukan
pembunuhan atau perzinaan, atau terlibat dalam fitnah atau penipu; jauhkan diri
dari apa yang telah dilarang di dalam Kitab-kitab Suci dan Tablet.
Selain
undang-undang, juga terdapat kenyataan berkaitan bulan yang ditetapkan dalam
agama Bahai berdasarkan kenyataan dari kitab-i-Aqdas sendiri, iaitu mempunyai
19 bulan merangkumi 19 hari dalam setiap bulan, dengan nama-nama bulan
tersendiri yang berbeza dari bulan Masihi dan Hijrah. Contohnya Baha’, Jalal,
Jamal dan seterusnya.
127. The
number of months in a year, appointed in the Book of God, is nineteen. Of these the first hath been adorned with this
Name which overshadoweth the whole of
creation.
Bermaksud: Jumlah bulan dalam setahun, yang
diangkat dalam Kitab Allah, adalah sembilan belas. Dari ini yang pertama telah
dihiasi dengan Nama ini yang membayangi seluruh ciptaan.
Kebiasaannya,
sebelum kitab-i-Aqdas dibacakan, si pembaca hendaklah membersihkan diri atau
mensucikan diri, samada membasuh tangan dan kaki ataupun mandi untuk
membersihkan dan mensucikan diri. Ianya diistilahkan wudhu dalam agama Islam
sepertimana yang diamalkan sebelum pembacaan al-Quran dan mestilah dalam
keadaan suci daripada kekotoran (hadas kecil dan besar).
Kitab-i-Aqdas
merupakan kitab paling kudus yang dipegang oleh agama Bahai. Hal ini kerana
wahyu Tuhan yang diturunkan kepada Baha’u’llah ketika dipenjarakan. Ianya juga
menjadi sumber Rujukan utama undang-undang bagi agama Bahai, dan menjadi
kewajipan bagi penganutnya untuk membaca, memahami dan menghayati dalam
kehidupan. Sama seperti apa yang diamalkan dalam penganut agama Islam sendiri
terhadap kitab Al-Quran.
KANDUNGAN
DALAM KITAB-I-AQDAS TERKINI
- INTRODUCTION (Pengenalan)
- A DESCRIPTION OF THE KITAB-I-AQDAS BY SOGHI EFFENDI(Keterangan Kitab-I-Aqdas oleh Soghi Effindi)
- THE KITAB-I-AQDAS (Kitab-I-Aqdas)
- SOME SUPPLEMENTARY TEXTS (Ayat-Ayat Tambahan)
- QUESTIONS AND ANSWERS (Persoalan Dan Jawapan)
- A SYNOPSIS AND CODIFICATION OF THE LAWS ORDINANCES OF THE KITAB-I-AQDAS(Ringkasan dan Pengkodan Hukum dan Tatacara Kitab-I-Aqdas)
- NOTES (Nota)
RUJUKAN
Bahai International Community, Bahai
Reference Library, Diakses pada 10 November 2017. http://reference.bahai.org/en/
Baha’u’llah, The Baha’i
Revelation: a selection from the Baha’i Holy Writings
(England: The
Broadwater Press, 1955).
Dato’ Dr. Haron Din,
Ada Apa Dengan Islam (Selangor: PTS Milennia Sdn.
Bhd, 2007).
Nadroh, Siti dan
Saiful. Agama-agama Minor. Jakarta: UIN Jakarta Press, 2013.
Kitab-i-Aqdas.
The Tablets of
Baha’u’llah Revealed after the Kitab-i-Aqdas.
Comments
Post a Comment