KIFARAH VS KARMA
Semestinya kita seringkali terbaca atau mendengar kifarah dan karma di merata tempat baik di media massa mahupun individu yang menyebutnya. Namun, sejauhmana kefahaman kita sebagai individu beragama mengerti akan maksud disebalik kedua perkataan tersebut. Dasarnya, kifarah dan karma adalah satu bentuk hukuman yang dikenakan keatas manusia atas perbuatan lalunya. Dalam Islam, seringkali timbul persoalan dan percanggahan dalam kalangan umat, yang manakah sewajarnya digunakan dalam Islam, kifarah atau karma ? malah, terdapat sebuah lagu yang dipopularkan kumpulan Wings yang bertajuk 'hukum karma'. Apakah islam mengiktiraf penggunaan karma dalam agama? dan apakah perbezaan kifarah dan karma menurut perspektif agama? mari kita lanjuti. KARMA Karma merupakan konsep yang dipegang oleh beberapa agama di dunia seperti agama Hindu, Buddha, Jainisma, Sikh dan Toa, mungkin ini baru sebilangan. Namun, menerusi pendekatan ini, saya hanya menjelaskan secara konsep menurut pand